Rosmah nampak ceria hadiri perbicaraan hari ini

Iklan
ROSMAH

KUALA LUMPUR- Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di pekarangan Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta pada jam 9.41 pagi tadi, bagi perbicaraan kes rasuah projek solar yang memasuki hari ketiga, hari ini.

Rosmah berbaju kurung kuning dan berselendang warna yang sama hadir ditemani pembantunya dan kelihatan tenang ketika duduk di galeri awam.

Iklan
Iklan

Ketika masuk ke kamar mahkamah, Rosmah dilihat sempat berbual dengan kenalannya di galeri awam dan nampak ceria berbanding ketika prosiding hari pertama minggu lalu.

Perbicaraan hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan diteruskan dengan saksi kelima, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyambung keterangannya.

Iklan

Dalam prosiding sebelum ini, bekas Menteri Pendidikan itu memberi keterangan dengan mendakwa bahawa, Rosmah menghantar mesej kepadanya mendesak beliau mempercepatkan projek hibrid solar.

Mahdzir juga memberitahu mahkamah, bahawa beliau telah menolak cadangan Jepak Holdings ketika itu kerana Kementerian Pendidikan masih mempunyai kontrak yang berterusan dengan kontraktor.

Iklan

Pada waktu itu, kata Mahdzir, mereka membincangkan rancangan syarikat bagi memperkenalkan sistem hibrid solar untuk menghasilkan elektrik bagi kegunaan 369 sekolah di Sarawak.

AKAN MENYUSUL