Bidoglio mahu JDT kekal kompetitif dalam aksi ACLE

Iklan
Hector Bidoglio

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio mahu skuad bimbingannya terus kompetitif dan mengekalkan rentak kemenangannya, termasuk ketika menentang kelab Korea Selatan Ulsan Hyundai FC, pada Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), Selasa ini.

Beliau berkata, meskipun lawan skuad itu nanti dilihat lebih dinamik dan mencabar, namun beliau berharap pasukanya akan sentiasa memberikan fokus sekali gus memberi saingan hebat dalam perlawanan tersebut.

Iklan
Iklan

"Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) berbeza, ia lebih dinamik, lebih tekanan, kami pelu letakkan fokus pada kesemua perlawanan, kami mahu jadi kompetetif dan JDT kini kompetetif. Jadi kami perlu terus menang, kami perlu fokus pada perlawanan seterusnya.

"Kesemua pemain dalam keadaan terbaik dan boleh untuk bermain liga tempatan dan pertandingan antarabangsa...kini kami kena rehatkan pemain, untuk mereka pulih semula dan letakkan fokus kepada perlawanan seterusnya...kami mesti jadi pasukan protagonis dna saya gembira dengan pasukan saya,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perlawanan menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini semalam yang menyaksikan Skuad Harimau Selatan memperoleh kemenangan mudah 4-0 ke atas skuad Jang.

Mengulas mengenai perlawanan itu, beliau menyifatkan pertembungan itu sebagai sengit meskipun berdepan pasukan terbawah liga, selain pemain menunjukkan prestasi yang baik dan memanfaatkan setiap peluang.

Iklan

JDT kini mendahului Liga Super dengan selesa apabila mengumpul 37 mata selepas 13 perlawanan manakala NSFC berada di kedudukan tercorot dalam liga dengan enam mata.

Sementara itu, Ketua Jurulatih NSFC, K Nanthakumar berkata, beliau tetap berpuas hati dengan prestasi ditunjukkan anak buahnya dalam perlawanan tersebut, meskipun tewas di laman sendiri.

"Kita tahu JDT ialah pasukan yang kuat di liga Malaysia...kita mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol dan jika ia berjaya disempurnakan mungkin perlawanan akan berubah. Bagaimanapun, saya tetap berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan setiap pemain.

"Setiap perlawanan memang kita cuba untuk mendapatkan kemenangan, selepas ini kita akan bertemu pasukan kuat seperti Selangor, jadi kita akan cuba untuk menang,” katanya. - Bernama