KOTA BHARU - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan lembu dengan penahanan sebuah lori membawa 13 ekor lembu di Kampung Bukit Tandak, Pasir Mas, semalam.
Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kesemua lembu seberat 7,000 kilogram dan dianggar bernilai RM107,270 itu dipercayai diseludup masuk dari Thailand.