Jagung manis jana pendapatan warga emas

Iklan
Mohd Noor (tengah) memetik jagung yang sudah matang untuk dijual.

JELI - Tanaman jagung manis menjadi punca rezeki kepada seorang warga emas di Kampung Kuala Balar di sini selepas mengambil keputusan mengusahakan tanaman itu sejak empat tahun lalu.

Mohd Noor Ela, 77, yang menanam tembikai selama 14 tahun memilih untuk menanam jagung secara berkelompok seluas 10 hektar bersama beberapa rakan lain.

Iklan
Iklan
Mohd Noor (kiri) mengusahakan tanaman jagung manis sejak empat tahun lalu.

Menurutnya, modal untuk memulakan tanaman jagung juga hanya separuh daripada tembikai iaitu kira-kira RM3,000 sahaja selain mudah untuk memasarkannya.

"Alhamdulillah pelanggan juga boleh mendapatkan jagung segar kerana kami terus menjualnya di tepi jalan bersebelahan ladang selepas dipetik," katanya.

Iklan

Bapa kepada tujuh anak itu memberitahu, cabaran menanam jagung ialah haiwan liar seperti kera dan ulat kerana rasanya yang manis dan lemak.

"Biasanya kami akan menyembur racun serangga untuk menghalang ulat dan terpaksa berjaga lebih lama pada waktu siang untuk menghalang kera 'mencuri' buah," katanya.

Iklan

Jelasnya lagi, jagung dijual pada harga RM1 setongkol dan ada juga peraih yang datang mengambilnya di kebun sepanjang tempoh tuaian.

"Tempoh tanaman jagung juga hanya 65 hari berbanding tembikai yang mencapai sehingga 85 hari untuk benar-benar matang," katanya.

Sementara itu, Penghulu Mukim Kuala Balah, Mohd Noor Salleh berkata, tanaman jagung manis melalui Projek Diraja Tengku Anis (Tadahan Rahmat) itu dapat mengubah taraf hidup penduduk dan menambah pendapatan mereka terutama golongan warga emas.

Tambah beliau, beberapa lokasi dipilih untuk penanaman jagung manis termasuk Kampung Lama dan Kampung Bendang Balar.

"Jagung di sini adalah yang terbaik kerana mereka tidak menggunakan bahan kimia dan pernah menerima Sijil Amalan Pertanian Baik kerana kaedah yang diguna pakai," katanya.

Beliau turut memberitahu, kesemua petani mendapat bimbingan Jabatan Pertanian negeri Kelantan selain alam semula jadi di Jeli yang sesuai dengan pertanian.