Ubah suai rumah usia tiga dekad demi lahirkan pelajar tahfiz

Iklan
Selain menyediakan surau, rumah lama berkenaan juga akan dijadikan tempat penginapan pelajar dan ruang kakitangan. Gambar kecil: Muhammad Amirul

KUALA KURAU - Demi melahirkan lebih ramai pelajar tahfiz, Maahad Tahfiz Hidayatul Ulum di sini sanggup mengubah suai rumah lama berusia tiga dekad untuk dijadikan surau dan asrama.

Pengasasnya, Muhammad Amirul Mohd Noor berkata, bagi merealisasikan hasrat itu pihaknya memerlukan dana kira-kira RM150,000 bagi memastikan tempat terbabit selesa untuk digunakan oleh pelajar.

Iklan
Iklan
Dana sebanyak kira-kira RM150,000 diperlukan untuk menyediakan tempat yang selesa pelajar.

"Oleh kerana rumah ini sudah berusia, banyak yang perlu dibaiki. Antaranya siling, pendawaian elektrik, pemasangan karpet baharu dan banyak lagi.

"Selain menyediakan surau, rumah ini juga akan dijadikan tempat penginapan pelajar dan ruang kakitangan,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Beliau berkata, dana diperlukan segera agar proses mengubah suai dapat dilakukan.

Ujarnya, orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkannya menerusi akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 07016010067050 atas nama Maahad Tahfiz Hidayatul Ulum atau menghubungi talian 017-584 9066.

Iklan