Malaysia bukan destinasi kemuncak MotoGP - Azhan

Iklan
Azhan Foto fail Bernama

LITAR Antarabangsa Sepang (SIC) berkemungkinan tidak menganjurkan pusingan kemuncak Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang sepatutnya berlangsung di Valencia, kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif.

Beliau berkata,setakat ini, belum ada sebarang perbincangan diadakan antara SIC dan penganjur perlumbaan, Dorna, berhubung perkara berkenaan selain memaklumkan perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, beliau berkata Malaysia bersedia untuk menganjurkan pusingan kemuncak itu sekiranya penganjur meminta berbuat demikian bagi menggantikan Litar Ricardo Tormo.

Aksi pelumba Petronas Mie Racing, Muhammad Helmi Azman ketika sesi latihan kedua Moto2 pada perlumbaan MotoGP Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang pada Sabtu. Foto Bernama

"Kalau mereka bagi (kita jadi tuan rumah) kita bersedia. Kalau jadi buat di sini mungkin pada Disember. Tetapi buat masa ini tiada sebarang perbincangan untuk melakukannya di sini, mungkin mereka cari litar lain... mungkin di Eropah.

Iklan

Semalam, Dorna mengumumkan perlumbaan pusingan penutup tirai Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim 2024 yang dijadual berlangsung di Valencia pada 15-17 November ini dibatalkan akibat banjir besar yang menyebabkan kemusnahan selain meragut lebih 200 nyawa.

Menurut penganjur, lokasi baharu perlumbaan akhir itu akan diumumkan dalam masa terdekat. - Bernama

Iklan