Siasatan ke atas Khazanah, PNB akan dijalankan secara adil - Azam

Iklan
Azam. Foto: fail Bernama

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi jaminan siasatan berkaitan kerugian pelaburan oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam satu perniagaan fesyen dalam talian tempatan akan dijalankan secara adil dan profesional.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dalam kenyataan pada Sabtu berkata, siasatan itu penting kerana ia melibatkan penggunaan dana awam dan menjadi isu berkepentingan awam.

Iklan
Iklan

"SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung kerugian pelaburan oleh Khazanah dan PNB dalam satu perniagaan fesyen dalam talian tempatan.

"SPRM memberi jaminan bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan secara adil dan profesional,” katanya.

Iklan

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai memberi ruang untuk siasatan dilakukan serta mengelakkan spekulasi dan 'perbicaraan awam' terhadap pihak yang terbabit. - Bernama

Iklan