Julung kali diadakan, Karnival GEN-AI dapat sambutan menggalakkan

Iklan
Sesi Temu Bersama Anwar antara program mendapat sambutan menggalakan apabila ia dihadiri 10,000 pengunjung. Gambar kecil: Fazill, Sofiyah Athirah

BUKIT MERTAJAM - Karnival GEN-AI: Generasi Ada Idea yang julung kali yang diadakan di Tapak Parkir Gravitas, Jalan Baru Prai di sini meriah dengan kehadiran orang ramai yang tidak mahu ketinggalan untuk mengikuti aktiviti disediakan.

Karnival yang berlangsung pada 2 November bermula jam 8 pagi hingga 10.30 malam itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Iklan
Iklan

Program anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) itu diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik dan tawaran istimewa kepada pengunjung.

Penganjuran karnival itu bertujuan memupuk semangat kemasyarakatan dan kekitaan dalam kalangan belia menerusi aktiviti serta program interaksi yang disediakan.

Iklan
Karnival GEN-AI juga memberi peluang kepada usahawan NADI untuk mempromosikan perniagaan mereka.

SKMM dalam kenyataannya berkata, antara program menarik ialah Forum AI dan Belia yang bertajuk 'Pembangunan Ilmu AI dengan inklusif-peluang, potensi dan cabaran'.

Menurutnya, forum perbincangan itu bertujuan melahirkan masyarakat Madani yang berilmu pengetahuan dan berdaya saing serta peka terhadap isu-isu semasa.

Iklan

Antara acara dan aktiviti menarik lain ialah pertandingan Muay Thai, persembahan buskers, konsert mini, cabutan bertuah, kaunter bayaran saman dan pameran serta jualan.

Program kemuncak Karnival GEN-AI iaitu Sesi Temu Bersama Anwar mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran kira-kira 10,000 pengunjung.

Karnival GEN-AI mendapat sambutan menggalakan yang diadakan di Tapak Parkir Gravitas pada 2 November lalu.

Program itu membolehkan Anwar berinteraksi bersama golongan belia dengan pelbagai soalan merangkumi isu-isu semasa termasuk keselamatan dalam talian, buli siber dan perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail,Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying dan Pengerusi SKMM, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Selain itu, SKMM berkata, ia juga memberi peluang kepada usahawan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk memperkenalkan produk mereka kepada pengunjung.

Dalam pada itu, usahawan jeruk buah, Fazill Akashah Othman, 52, berkata, NADI banyak membantu perniagaannya dalam mempromosi di sosial media antaranya TikTok, Shopee dan Facebook.

Menurut bapa kepada lima orang anak itu, sejak mempelajari dengan tenaga pengajar yang disediakan selama tiga bulan, dia kini mampu membuat siaran langsung di media sosial untuk mempromosi dan menjual produknya.

Fazill Akashah yang dari Kampung Perlis, Balik Pulau berkata, sejak menyertai NADI, pendapatannya meningkat antara RM35,000 hingga RM40,000 sebulan.

"Saya memulakan perniagaan ini sejak 14 tahun lalu namun apabila menyertai NADI, banyak ilmu perniagaan yang saya perolehi. Tenaga pengajar pula mengajar cara untuk menjalankan pemasaran dalam talian.

"Kini, selain menyertai pelbagai ekspo usahawan dan menjalankan perniagaan di premis sendiri, saya kini aktif di media sosial. Kini, saya menggunakan 8 hingga 9 tan buah untuk memenuhi permintaan pelanggan," katanya.

Salah seorang pengunjung, Sofiya Athirah Zulfaqar, 21, berkata, Karnival GEN-AI perlu diteruskan kerana ia merupakan program yang menarik terutamanya untuk golongan muda.

Pelajar Jurusan Sains kimia dari Universiti Sains Malaysia itu berkata, dengan pelbagai pendedahan dan aktiviti menarik, karnival tersebut sangat bermanfaat kepada pengunjung yang bukan sahaja golongan muda malah semua lapisan masyarakat.

"Saya sangat teruja untuk menyertai karnival ini kerana tertarik dengan semua aktiviti yang disediakan.

"Selain itu, paling saya tidak sabar adalah menunggu program Sesi Temu Bersama Anwar. Pendedahan yang diberikan, sangat memberi ilmu kepada saya dan rakan-rakan," katanya.