Rakyat Palestin tak gentar berjuang biarpun kematian pemimpin

Iklan
Dr Asyraf Iwadh

KOTA BHARU - Rakyat Palestin tidak pernah gentar untuk terus berjuang menentang tentera Israel dan sekutunya selepas kematian pemimpin Hamas, Yahya Sinwar.

Ketua Multaqa Syabab Alam Islami Palestin, Dr Asyraf Iwadh berkata, umat Islam di negara itu termasuk wanita dan kanak-kanak akan terus menghadapi serangan Israel walaupun terpaksa berdepan pelbagai ancaman.

Iklan
Iklan
Dr Asyraf Iwadh (kanan) ketika berucap pada Program Ijtimak Tarbawi pada Sabtu

Menurutnya, sehingga kini, lebih 50,000 umat Islam negara itu menjadi mangsa dalam dalam tempoh setahun serangan tentera zionis itu.

"Lebih 10,000 pula menjadi tahanan Israel dan terpaksa berdepan dengan penyeksaan mental dan fizikal yang amat dahsyat," katanya ketika berucap pada Ijtimak Tarbawi 10.0 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) pada Sabtu.

Iklan

Dr Asyraf memberitahu, Yahya Sinwar seorang yang hebat kerana mengetuai tentera Palestin menentang Israel selepas 25 tahun berada dalam penjara Israel.

Yahya Sinwar dilaporkan terbunuh pada 16 Oktober lalu dipercayai ketika serangan udara di Gaza.

Iklan

Tambah beliau, rakyat Palestin menghargai sokongan Malaysia untuk bangkit menentang tentera Israel.

"Biarpun di mana berada, umat Islam seluruh dunia juga disaran memberi semangat serta menyokong perjuangan kami di Palestin," katanya.

Katanya, Program Ijtimak Tarbawi merupakan medan yang sesuai untuk mendedahkan perjuangan dan perkembangan terkini di Palestin.

Program Ijtimak Tarbawi dirasmikan oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.