Kemudahan pelancaran ke angkasa lepas di Sabah lonjak Malaysia peneraju teknologi

Iklan
Taras Kachka. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Tapak pelancaran ke angkasa lepas dijangkakan di Sabah akan meletakkan Malaysia sebagai negara peneraju ASEAN di rantau ini dari segi kemajuan teknologi, kata Timbalan Menteri Ekonomi Ukraine, Taras Kachka.

Beliau berkata, projek berkenaan akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan menarik rakyat di seluruh dunia, mendorong pertumbuhan industri penerbangan dan aeroangkasa Malaysia.

Iklan
Iklan

"Oleh itu, setiap projek berteknologi tinggi bukan sahaja mencipta peluang pekerjaan malah membawa teknologi. Ini mengekalkan jurutera terlatih yang tinggi di dalam negara.

"Sekiranya terdapat tapak pelancaran ke angkasa lepas di sini (di Malaysia), rakyat dari seluruh dunia akan datang dan menyertai projek ini dan (ini akan) meletakkan Malaysia dalam kedudukan (untuk menjadi) peneraju teknologi ASEAN," katanya pada sidang media di sini pada Sabtu.

Iklan

Bagaimanapun, Kachka tidak memaklumkan kos pelaburan projek berkenaan.

Mengenai kemajuan kajian kebolehlaksanaan, katanya terdapat pertimbangan berbeza yang perlu diselesaikan seperti daya maju ekonomi, isu alam sekitar dan manfaat jangka panjang.

Iklan

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan Sabah komited untuk mendorong projek angkasa lepas ini.

"Kedua, kerajaan dan syarikat perlu mempunyai sumber yang cukup, kepakaran dan tenaga kerja terlatih," katanya. - Bernama