'Orang yang ada dalam industri bola sepak tak berfungsi' - TMJ

Iklan
Tunku Ismail

PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa beberapa individu dalam kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menjalankan tugas dengan baik menyebabkan sukan tersebut tidak maju di negara ini.

Tunku Ismail yang juga pemangku Sultan Johor menyifatkan mereka tidak mempunyai visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan untuk memajukan bola sepak negara.

Iklan
Iklan

Baginda turut membidas ahli gabungan FAM yang tetap mengundi individu-individu tersebut dalam kongres pemilihan badan induk terbabit.

"Orang yang ada dalam industri bola sepak yang tak berfungsi. Tiada visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan," kata baginda.

Iklan

Tunku Ismail berkata demikian di laman X miliknya ketika menjawab satu hantaran yang turut menamakan beberapa kepimpinan tertinggi dalam FAM.

Baginda turut membandingkan bola sepak Malaysia dan Indonesia selain turut memberikan contoh Ketua Umum PSSI, Erick Thohir yang telah berjaya meningkatkan mutu bola sepak negara jiran itu.

Iklan

"Contoh, Erick Thohir ada duit, pengetahuan, hubungan antarabangsa dan keinginan. Itu sebab bola sepak Indonesia semakin bagus dalam projek infrastruktur bola, liga dan pasukan kebangsaan mereka," katanya.