Wanita hanyut dibawa kepala air ditemukan lemas

Iklan
Wanita hanyut dibawa arus deras akibat kepala air ditemukan lemas di kawasan Lubuk Buluh. Foto: Ihsan JBPM Kedah

ALOR SETAR - Seorang wanita yang dihanyutkan arus deras akibat kepala air di Taman Eco Rimba, Sungai Sedim di daerah Kulim ditemukan lemas pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hassan berkata, mangsa, A Kasthuri, 41, ditemui orang awam bersama anggota bomba semasa pencarian di sepanjang tebing sungai itu pada jam 5.50 petang.

Iklan
Iklan

"Mangsa ditemui di kawasan Lubuk Buluh iaitu kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

"Bagaimanapun, wanita terbabit didapati telah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Beliau menambah, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan arus deras dipercayai kepala air di kawasan perkelahan tersebut.

Iklan

Wanita itu dipercayai bersama keluarga sedang berkelah dan riadah sempena cuti Deepavali sebelum secara tiba-tiba muncul kepala air dan mangsa tidak sempat menyelamatkan diri.