Kucing peliharaan di Bangkok wajib tanam mikrocip

Iklan
Bangkok akan menguatkuasakan semua haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing dicip dengan mikrocip. Foto Agensi

BANGKOK - Bangkok bersedia menguatkuasakan peraturan baharu yang mewajibkan semua haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing ditanam dengan mikrocip.

Langkah itu sebagai mengawal populasi haiwan terbiar dan menguruskan anjing yang berbahaya.

Iklan
Iklan

Baru-baru ini, Majlis Metropolitan Bangkok (BMC) telah meluluskan draf ordinan mengenai pemilikan haiwan peliharaan dan haiwan liar.

Naphaphon Chirakul, ahli BMC untuk daerah Bang Khun Non dan ketua jawatankuasa khas yang menyemak draf itu, menekankan kepentingan langkah-langkah ini untuk mencegah gangguan dan risiko kesihatan yang berkaitan dengan haiwan.

Iklan

Rangka kerja undang-undang untuk peraturan ini ditubuhkan di bawah Seksyen 29 Akta Kesihatan Awam 1992, yang dipinda oleh Akta Kesihatan Awam (No. 3) 2017, bersempena Seksyen 97 Akta Pentadbiran Metropolitan Bangkok 1985.

Matlamatnya adalah untuk mengawal bilangan haiwan peliharaan yang dibenarkan di kawasan tertentu.

Iklan

Sebagai contoh, di kondominium atau bilik yang disewa berukuran antara 20 hingga 80 meter persegi, hanya satu haiwan peliharaan dibenarkan manakala tanah kurang daripada 20 wah persegi boleh menempatkan sehingga dua haiwan peliharaan sahaja.

Manakala kediaman berukuran antara 20 hingga 50 meter persegi boleh memuatkan sehingga tiga haiwan peliharaan, 50 hingga 100 meter persegi boleh menempatkan empat haiwan peliharaan dan tanah lebih daripada 100 meter persegi boleh mempunyai sehingga enam haiwan peliharaan.

Justeru, pemilik haiwan peliharaan dikehendaki memastikan haiwan mereka dicip dengan mikrocip, oleh doktor haiwan mengikut piawaian Bangkok.

Perakuan pendaftaran hendaklah dilaporkan kepada pegawai di Pejabat Veterinar Kesihatan Awam atau pejabat berkaitan. - Agensi