Tarian sewang diminati masyarakat Melayu

Iklan
Penari cilik dalam kalangan masyarakat Melayu yang meminati dan belajar tarian sewang.

KUALA PILAH - Seperti yang diketahui, Orang Asli merupakan etnik yang mempunyai nilai budaya, amalan dan adat secara turun-temurun termasuklah tarian sewang.

Menariknya, tarian tersebut semakin diminati oleh pelbagai kaum tanpa mengira latar belakang termasuklah masyarakat Melayu.

Iklan
Iklan

Tenaga pengajar kumpulan Warisan Seni Anak Johol, Fauziah Ismail atau mesra di panggil Mak Teh berkata, seramai 13 kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun dalam kalangan penduduk sekitar Johol di sini menyertai kumpulan seni berkenaan.

Antara anak-anak yang berlatih menari tarian sewang.

"Tarian sewang tidak terhad kepada adat ritual masyarakat Orang Asli semata-mata tetapi sewang diperkaya dengan pelbagai bentuk hiburan.

Iklan

"Kita ambil daripada sudut positifnya. Anak-anak dapat mempelajari adat ataupun budaya masyarakat tersebut melalui tarian, sekali gus meningkatkan rasa hormat-menghormati dan memperkukuhkan perpaduan antara kaum dan etnik di negara ini,” katanya.

Ujarnya, kebanyakan anak muridnya terdiri daripada masyarakat Melayu dan pihaknya amat mengalu-alukan kaum lain menyertai kumpulan tersebut kerana pihaknya berhasrat untuk mempelbagaikan tarian selain sewang.

Iklan
Mak Teh (depan) ketika mengajar tarian sewang.

Dalam pada itu, Damia Sofea Shaiful Azahari, 11 dan Khalisya Sofea, 9, antara murid yang teruja mempelajari tarian tersebut selain dapat memperagakan pakaian khas tarian itu sewaktu melakukan persembahan.

Menurut ibunya, Siti Norain Mohd Zuber, 36, dia membenarkan anak-anaknya menyertai kumpulan tarian tersebut kerana tidak mahu mereka leka dengan gajet tetapi akhirnya mereka lebih seronok dengan aktiviti berbanding gajet.

"Mereka juga seronok dapat membuat persembahan, selain dapat meningkatkan keyakinan diri ketika berdepan dengan orang ramai,” katanya.