Ibu reda 2 anak hidap ‘microcephaly’, terima ketentuan ALLAH SWT

Iklan
Efazana (dua dari kanan) bersama keluarga bergambar sebagai kenangan pada Hari Raya Aidilfitri.

SHAH ALAM - Setiap ibu pastinya mengimpikan zuriat yang dilahirkan sihat seperti kanak-kanak lain, namun tiada siapa yang mampu menolak takdir ALLAH SWT.

Begitu juga ujian yang menimpa seorang wanita, Efazana Rasul, 45, apabila dua cahaya mata yang dikasihi disahkan menghidap penyakit sindrom ‘microcephaly’ atau penyusutan otak.

Iklan
Iklan

Suri rumah itu pada awalnya sukar menerima hakikat bahawa mereka menghidap penyakit kelainan yang menyebabkan kepala bayi lebih kecil daripada ukuran normal dan mungkin disebabkan otak janin tidak berkembang dengan baik.

Muhammad Haziq (kanan) dan Farzana Husna (kiri) bergambar ketika hendak ke sekolah.

"Saya dan suami dimaklumkan doktor semasa anak ketiga, Muhammad Haziq Apindi, 12, berusia sembilan bulan dalam kandungan.

Iklan

"Semasa Farzana Husna, 9, berusia enam bulan dalam kandungan juga doktor sahkan dia senasib dengan abangnya.

"Suami pujuk dan minta saya reda kerana itu kehendak ALLAH SWT,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Iklan

Ditanya mengenai penerimaan ahli keluarga lain, Efazana memaklumkan sepupu anak-anaknya itu sentiasa melayani kerenah mereka.

Tambahnya, walaupun anak ketiga dan keempat itu istimewa, tetapi layanan daripada keluarga tetap sama tanpa membandingkan dengan orang lain.

Muhammad Haziq (kiri) dan Farzana Husna (kanan)

"Muhammad Haziq dan Farzana Husna juga ditempatkan di kelas sama menerusi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), jadi agak mudah untuk cikgu menguruskan mereka.

"Apabila saya tanya mereka, di sekolah belajar apa, mereka hanya mampu senyum kerana tak sepetah kanak-kanak lain,” ujarnya.

Perkongsian Efazana mengenai anak-anak istimewanya di platform TikTok meraih sehingga lebih sejuta tontonan dan mendapat komen positif pengguna media sosial.