Hobi bantu stabilkan emosi - Pakar motivasi
Iklan
SHAH ALAM - Hobi atau minat yang mendalam dalam sesuatu perkara akan membantu menstabilkan emosi dan memberikan kepuasan berpanjangan.
Penolong Profesor dan Ahli Psikologis Klinikal, Jabatan Psikiatri Kulliyyah Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan, Dr Nadzirah Ahmad Basri berkata, motivasi dalaman bagi seseorang untuk mencapai perkara yang diinginkan boleh menjadi faktor penting dalam proses peningkatan kesejahteraan mental mereka.