'Pergi berunding, itu pun nak kena ajar' - TMJ

Iklan
Tunku Ismail

PASUKAN dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) tidak seharusnya menyalahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekiranya menghadapi masalah tunggakan gaji kerana mereka sendiri tidak pandai menguruskan perbelanjaan setiap tahun.

Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, baginda tidak memahami sikap sesetengah pasukan di Liga-M berbelanja lebih daripada peruntukan yang telah ditetapkan.

Iklan
Iklan

"Sampai ke hari ini saya masih tak faham macam mana ada individu-individu mengurus pasukan belanja lebih daripada bajet, lepas tu tak bayar gaji pemain.

"Mereka salahkan badan induk, liga, bola sepak tanah air secara keseluruhan. Sedangkan diri sendiri yang salah urus dan belanja lebih daripada bajet.

Iklan

"Contoh, pertikai gaji pemain terlampau tinggi, yang kau bayar kenapa? Pergi berunding. Itupun nak kena ajar," kata baginda dalam laman X.

Masalah tunggakan gaji dalam saingan Liga-M bukanlah perkara baharu dan tahun ini beberapa pasukan terpalit dengan masalah tersebut.

Iklan

Terdapat juga pasukan yang menggaji pemain import dengan harga yang tinggi biarpun mengetahui had kemampuan kewangan mereka sehingga menyebabkan menghadapi masalah pembayaran gaji.