Kamala Harris peroleh kelebihan pertama di Michigan - Tinjauan Rasmussen

Iklan
Kamala Harris. Foto AFP

WASHINGTON - Calon presiden Demokrat Kamala Harris, kini mendahului pencabarnya dari Parti Republikan, Donald Trump di Michigan buat kali pertama dalam dua bulan, lapor Sputnik.

Tinjauan menerusi telefon dan dalam talian oleh Rasmussen Reports bersama penerbitan konservatif American Thinker menunjukkan bahawa jika pilihan raya diadakan hari ini, 49 peratus pengundi yang berkemungkinan besar di Michigan akan memilih Harris, manakala 48 peratus akan memilih Trump.

Iklan
Iklan

Sebanyak satu peratus menyatakan akan memilih calon lain, dan dua peratus masih belum membuat keputusan.

Dalam tinjauan Michigan yang diterbitkan pada 17 Oktober lalu, kedua-dua calon memperoleh 48 peratus.

Iklan

Keputusan yang sama juga dicatatkan pada September, menurut Rasmussen.

Tinjauan melibatkan 908 pengundi yang berkemungkinan dari 24 Oktober hingga 1 November, dengan margin ralat tiga mata peratusan.

Iklan

Pilihan raya presiden AS dijadualkan pada 5 November. - Bernama