PASIR PUTEH - Program Satu Kampung, Satu Pemimpin membantu meningkatkan keselamatan dan keceriaan Masjid Jamek Mukim Bukit Tanah, Selising di sini pada Ahad.
Bantuan dengan belanja berjumlah RM10,000 itu melibatkan pemberian skrin monitor bagi kegunaan sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan cat dinding.
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) KDN, Datuk Makhzan Mahyuddin, berkata, beliau berbangga dan terharu kerana kampung kelahirannya itu diberi peluang untuk dilaksanakan program yang disaran oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terbabit.
"Sebagai anak jati kampung yang sudah lama merantau, saya peluang untuk kembali bersama-sama penduduk untuk mengimarahkan Masjik Jamek Mukim Bukit Tanah.
"Satu penghormatan yang amat bermakna bagi diri saya kerana dapat meningkatkan membantu meningkatkan tahap keselamatan dan menceriakan masjid selain mengeratkan silaturahim antara kita,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Majlis Keceriaan dan Imarah Masjid Masjid Jamek Mukim Bukit Tanah, Selising di sini pada Ahad.
Turut hadir, Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan, Muhammad Kifli Ma Hassan.
Menurut Makhzan, program tersebut dijayakan melalui platform Jabatan Pengangkutan Jalan.
"Selain itu, penganjuran turut mendapat kerjasama TOA Paint Products Sdn Bhd yang menaja cat bagi melalui tanggungjawab sosial korporat syarikat itu,” kata Makhzan.
Juga disampikan pada majlis itu ialah 50 topi keledar secara percuma oleh JPJ dan 100 bakul makanan kepada penduduk setempat daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Sementara itu, Imam Tua Masjid Jamek Mukim Bukit Tanah, Mohd Arif Ismail, berkata, masjid terbabit dibina pada 1976 dan sudah berusia 48 tahun.
"Masjid terletak di laluan utama Kota Bharu ke Kuala Terengganu dan menjadi persinggahan para musafir untuk menunaikan solat.
"Penting untuk memastikan keselamatan dan keceriaan masjid ini untuk keselesaan jemaah,” katanya.