Kes buli pegawai kadet UPNM: Seterika dipercayai digunakan ketika kejadian dirampas

Iklan
Gambar kecil: Rusdi

KUALA LUMPUR - Polis telah merampas seterika yang dipercayai digunakan terhadap seorang pegawai kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Universiti Pertahanan Nasional (UPNM), Sungai Besi, 22 Oktober lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, rampasan dilakukan untuk siasatan lanjut berhubung kejadian.

Iklan
Iklan

"Polis telah merampas seterika yang dipercayai digunakan terhadap mangsa.

"Setakat ini seramai 16 individu telah direkod percakapan termasuk pengadu, suspek, pegawai kadet yang lain, staff, jurulatih dan pegawai perubatan," katanya pada Ahad.

Iklan

Terdahulu, polis mengesahkan mangsa ditekap seterika pada bahagian dada ketika disuruh menggosok baju kerja milik seniornya dalam kejadian di bilik asrama universiti berkenaan, 22 Oktober lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan berkaitan kejadian berkenaan dibuat mangsa kira-kira jam 8.23 malam pada Jumaat.

Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang menjalankan siasatan kes buli dan dera itu.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman ketika dihubungi memaklumkan siasatan terperinci sedang dilaksanakan.

Pada Rabu, ATM dalam kenyataan memaklumkan kejadian membabitkan pelajar kadet yang disyaki dibuli oleh seniornya menggunakan seterika yang ditekap di bahagian dada sehingga meninggalkan kesan lecur seperti yang tular menerusi media sosial.