Belanjawan 2025: Terengganu fokus tingkat taraf hidup rakyat

Iklan
Ahmad Samsuri ketika ditemui pemberita.

KUALA TERENGGANU - Sasaran untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi rakyat antara fokus dalam Belanjawan Terengganu 2025 yang dijangka dibentangkan pada akhir bulan ini.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyatakan belanjawan itu juga akan mengambil kira pandangan daripada rakyat.

Iklan
Iklan

"Antara intipati Belanjawan Terengganu 2025 adalah menyasarkan untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi rakyat.

"Ini termasuklah hal kebajikan dan sebagainya supaya rakyat lebih berdikari.

Iklan

"Jumlah peruntukan dalam Belanjawan 2025 lebih kurang dengan Belanjawan 2024 dan ia tidak jauh beza. Bagi tahun 2024 ini, kita telah selesai agihkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu Tahun 2024 di Wisma Darul Iman di sini pada Ahad.

Iklan

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri masih meletakkan sebanyak 85 peratus belanjawan negeri bergantung kepada sumber minyak dan gas.

"Memang kita meletakkan kebergantungan kepada sumber minyak dan gas kerana ia adalah sejak sekian lama.

"Nak dapat hasil tambahan baru ia bukan mudah kerana ia melibatkan undang-undang termasuk libatkan enakmen dan sebagainya. Jadi ia akan mengambil masa,” jelas beliau.