Vietti cipta hatrik

Iklan
Ajo Celestino Vietti menjuarai perlumbaan Moto2 GP Malaysia 2024 di SIC pada Ahad. Foto Bernama

PELUMBA Red Bull KTM, Ajo Celestino Vietti memperoleh gelaran ketiga musim ini, selepas dinobatkan juara kelas Moto2 pada MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Ahad.

Pelumba berusia 23 tahun yang bermula dari petak ketiga itu, mengekalkan momentum sebelum memecut jenteranya untuk menjadi pelumba pertama melepasi garisan penamat, dengan mencatat masa 36 minit 06.629 saat.

Iklan
Iklan

Ini kemenangan ketiga Vietti musim ini, selepas mengungguli MotoGP Austria dan Emilia Romagna.

Vietti menamatkan perlumbaan di hadapan Jorge Navarro daripada OnlyFans American Racing Team, yang meraih tempat kedua ( 1.486 saat), manakala pelumba CFMOTO Aspar Team Izan Guevara ketiga ( 3.265 saat).

Iklan

Sementara itu, hari ini merupakan satu lagi perlumbaan mengecewakan bagi pelumba Malaysia yang beraksi menerusi tiket peluang khas Muhammad Helmi Azman daripada Petronas MIE Racing RW.

Bermula dari petak ke-29, Muhammad Helmi bekerja keras untuk memberikan cabaran sebelum akhirnya menamatkan saingan di tempat ke-23, melepasi garisan penamat dengan catatan masa 49.239 saat di belakang Vietti.

Iklan

MOTO2 GP MALAYSIA 2024

KEPUTUSAN

1. Celestino Vietti (Itali) Red Bull KTM Ajo 36 minit 06.629 saat (s)

2. Jorge Navarro (Sepanyol) OnlyFans American Racing Team 1.486s

3. Izan Guevara (Sepanyol) CFMOTO Aspar Team 3.265s

4. Jake Dixon (Great Britain) CFMOTO Aspar Team 4.502s

5. Tony Arbolino (Itali) ELF Marc VDS Racing Team 4.833s

6. Marcos Ramirez (Sepanyol) OnlyFans American Racing Team 5.684s

7. Deniz Oncu (Türkiye) Red Bull KTM Ajo 7.720s

8. Aron Canet (Sepanyol) Fantic Racing 9.357s

9. Somkiat Chantra (Thailand) IDEMITSU Honda Team Asia 10.429s

10. Diogo Moreira (Brazil) Italtrans Racing Team 10.836s

11. Manuel Gonzalez (Sepanyol) Gresini Moto2 12.055s

12. Albert Arenas (Sepanyol) Gresini Moto2 13.294s

13. Alonso Lopez (Sepanyol) Sync SpeedUp 14.386s

14. Sergio Garcia (Sepanyol) MT Helmets - MSI 18.113s

15. Filip Salac (Czech) ELF Marc VDS Racing Team 20.945s

16. Jaume Masia (Sepanyol) Preicanos Racing Team 24.934s

17. Mario Suryo Aji (Indonesia) IDEMITSU Honda Team Asia 25.928s

18. Barry Baltus (Belgium) RW Racing GP 27.265s

19. Dennis Foggia (Itali) Italtrans Racing Team 38.402s

20. Alex Escrig (Sepanyol) KLINT Forward Factory Team 38.957s

21. Xavi Cardelus (Andorra) Fantic Racing 40.239s

22. Xavier Artigas (Sepanyol) KLINT Forward Factory Team 40.391s

23. Muhammad Helmi Azman (MALAYSIA) Petronas MIE Racing RW 49.239s