Turkiye kekal gantung perdagangan dengan Israel

Iklan
Omer Bolat. - Foto: Agensi

ANKARA - Menteri Perdagangan Turkiye, Omer Bolat dengan tegas menolak sebarang aktiviti perdagangan bersama Israel.

Menurutnya, Ankara telah menggantung kesemua perdagangan sejak Mei lalu.

Iklan
Iklan

"Segala urus niaga termasuk eksport dan import dari dan ke Israel dihentikan sehingga Tel Aviv bersetuju melaksanakan gencatan senjata kekal dan memudahkan akses penghantaran bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza.

"Sistem kastam kami ditutup sepenuhnya untuk Israel,” ujarnya menerusi platform X.

Iklan

Bolat turut memaklumkan Ankara masih dibenarkan berurusan dengan Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Baitulmaqdis dan Tebing Barat selaras dengan persetujuan bersama yang hanya melibatkan produk Palestin.

"Seluruh urus niaga di wilayah itu hanya membabitkan perdagangan dengan penduduk Palestin,” katanya lagi merujuk kepada data rasmi yang didokumenkan.

Iklan

Tambahnya, kira-kira 25 peratus eksport secara langsung atau tidak langsung dari Palestin bernilai AS$7.7 bilion (RM36.5 bilion) dijalankan bersama Turkiye di bawah penyelarasan Kementerian Perdagangan di Ankara.

"Mekanisme itu bertujuan untuk menonjolkan sokongan Turkiye terhadap Palestin,” menurutnya.

Ketika ini, Ankara turut menggesa negara antarabangsa supaya mengenakan embargo senjata ke atas Israel seperti yang telah dilaksanakan Britain pada September lalu. - Agensi