Penyanyi, 5 individu ditahan di Sungai Golok didakwa atas dua pertuduhan

Iklan
Enam rakyat Malaysia yang ditahan di sebuah hotel berhampiran Sungai Golok kerana dipercayai memiliki dadah pada Jumaat lepas, akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.

NARATHIWAT - Enam rakyat Malaysia yang ditahan di sebuah hotel berhampiran Sungai Golok kerana dipercayai memiliki dadah pada Jumaat lepas, dijangka didakwa di mahkamah di sini atas dua pertuduhan.

Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kol. Pol. Jedsadavit Ingprapan berkata, selain kesalahan memiliki dadah, mereka juga disiasat atas kesalahan memasuki Thailand tanpa dokumen sah.

Iklan
Iklan

"Mereka akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat atas dua pertuduhan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi Ahad.

Beliau menambah bahawa kesemua suspek yang kini ditahan di lokap Balai Polis Sungai Golok akan dipindahkan ke lokap Mahkamah Narathiwat pada Isnin sementara menunggu pendakwaan.

Iklan

Pada Jumaat, Bahagian Narkotik dari Balai Polis Sungai Golok telah melakukan serbuan di sebuah hotel berhampiran Sungai Golok pada jam 5 pagi dan menahan enam rakyat Malaysia berusia antara 25 hingga 34 tahun atas kesalahan memiliki dadah.

Hasil siasatan polis mendapati suspek yang ditahan memiliki 6,000 biji pil jenis ‘pil kuda’ dan telah memasuki Thailand tanpa dokumen sah. - Bernama

Iklan