Atalanta kejutkan Napoli di Stadium Diego Armando Maradona

Iklan
Lookman jelmakan dua gol di Stadium Diego Armando Maradona. Foto Agensi

DUA gol separuh masa pertama penyerang Ademola Lookman membantu Atalanta meraih kemenangan bergaya 3-0 ke atas pendahulu Serie A Itali, Napoli di Stadium Diego Armando Maradona pada Ahad.

Satu lagi gol Atalanta dijelmakan pada minit ke-92, pemain kelahiran Argentina, Mateo Retegui ‘Il Re Tigre’ membolehkan Gli Orobici kendalian Gian Piero Gasperini menduduki tempat kedua Serie A.

Iklan
Iklan

Lookman kelahiran Wandsworth, London, United Kingdom yang kini bermain untuk Nigeria membuka jaringan selepas 10 minit dengan sepakan voli dari jarak dekat hasil hantaran lintang Charles De Ketelaere.

Pemain berusia 27 tahun itu kemudian menggandakan pendahuluan selepas masa setengah jam dengan rembatan jarak jauh selepas menyudahkan sentuhan De Ketelaere.

Iklan

Retegui yang dimasukkan sebagai pemain gantian menambah gol ketiga pada masa kecederaan untuk kekalahan angkatan The Little Donkeys asuhan Antonio Conte.

Sebagai rekod, ini merupakan kekalahan kedua Napoli musim ini selepas dibelasah Verona, 3-0 di Stadium Marcantonio Bentegodi pada 19 Ogos lalu.

Iklan