'Abam mungkin penat sebab banyak kerja dan kurang rehat'

Iklan
Jenazah dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat. Gambar kecil: Sharifah Nor Wahidah

GOMBAK - Jenazah pelawak, Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan,32 dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat kira-kira jam 11.30 pagi, hari ini.

Kemudian jenazahnya akan dibawa ke Masjid Zakaria untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, dijangka selepas solat asar.

Iklan
Iklan

Berita Allahyarham Abam yang meninggal dunia ketika tidur di rumahnya di Gombak tersebar di media sosial kira-kira jam 9 pagi tadi.

Sementara itu kakaknya, Sharifah Nor Wahidah Syed Mohd Ridzuan,41 memaklumkan, Abam hanya berehat di rumah selepas demam dan sakit kepala sejak tiga hari kebelakangan ini.

Iklan

"Saya ada minta dia ke klinik tapi dia kata tak payah.

"Setahu saya Abam tak ada sakit apa-apa cuma mungkin penat sebab banyak kerja dan kurang waktu rehat," katanya.

Iklan
Orang ramai hadir menziarahi Allahyarham Abam yang meninggal dunia di rumahnya di Gombak.

Menurutnya, adiknya itu sangat disenangi dalam kalangan keluarga dan pemergiannya merupakan satu kehilangan yang besar.

"Dia seorang yang baik dan tak pernah berkira dengan adik-beradik.

"Kesian mak kerana dia sangat rapat dengan Abam. Anaknya juga masih kecil. Pandang saja mukanya buat saya jadi sebak," katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Nor Hidayah dan anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey berusia lapan bulan.

Antara rakan artis yang hadir menziarahi arwah di rumahnya di Gombak adalah Along Cham, Mawi, Man Raja Lawak, Shuib dan Achey.

ARTIKEL BERKAITAN Pelawak Abam Bocey meninggal dunia