Meter pintar bantu pengguna urus penggunaan elektrik

Iklan
Malaysia negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan teknologi meter pintar

Syarikat utiliti elektrik utama, Tenaga Nasional Berhad (TNB) membangun bersama kemajuan negara dengan memperkasa pelanggannya seiring dengan perkembangan evolusi teknologi dunia.

Sejak penubuhannya pada tahun 1949 yang dikenali sebagai Central Electricity Board (CEB) untuk menyatukan pengeluaran dan pembekalan elektrik di negara ini, ia telah memberikan faedah kepada berjuta pengguna sama ada di bandar dan luar bandar.

Iklan
Iklan

Menariknya, kini TNB berkembang menjadi sebuah syarikat utiliti elektrik terbesar di Asia Tenggara.

Seiring dengan ledakan teknologi, pelbagai inovasi telah diterajui oleh TNB bertujuan menyediakan perkhidmatan dan produk yang terbaik kepada pengguna antaranya ialah pemasangan meter pintar yang diperkenalkan hampir sedekad.

Iklan

Menerusi teknologi telekomunikasi meter pintar, data penggunaan elektrik disalurkan setiap setengah jam bagi membantu pengguna mengurus perbelanjaan tenaga isi rumah dengan lebih bijak.

Meter pintar menyalurkan data tersebut melalui teknologi komunikasi menggunakan gelombang frekuensi radio (RF) yang berdaya harap dan selamat (radiasi gelombang RF jauh lebih rendah berbanding peralatan elektrik dan telefon mudah alih).

Iklan

Dengan semua manfaat ini, meter pintar dapat membantu pengguna untuk lebih bijak dalam pengurusan tenaga mereka sekali gus menyokong usaha penjimatan dan kelestarian.

Bagaimanapun, persoalan besar sekarang, adakah ia seperti yang digembar-gemburkan dan apa faedah meter pintar elektrik kepada kita sebagai pengguna?

FAHD MUZAID


Menurut seorang penduduk di Kelana Jaya, Fahd Muzaid Zakaria, kelebihan terbesar meter pintar ialah tidak lagi memerlukan bacaan meter manual kerana kedua-dua TNB dan pengguna akan dapat mendapatkan bacaan tepat dari jauh dalam ‘masa nyata’ (real time).

"Ini bukan sahaja akan menghapuskan bacaan meter ‘anggaran’, tetapi ia juga akan menjimatkan masa dan tenaga kerja serta mengurangkan kemungkinan kesilapan manusia semasa mengambil bacaan,” katanya.

SITI NOORRIZA


Seorang lagi penduduk di Klang, Siti Noorriza Zulbahri berkata, dalam diam tak diam sudah lima tahun rumahnya menggunakan meter pintar yang dipasang pada 2019 oleh TNB.

Beliau bersetuju aplikasi myTNB banyak membantunya menjaga penggunaan elektrik harian di rumah, terutama menutup sepenuhnya televisyen bila tidak digunakan serta mesin penapis air.

"Aplikasi itu boleh memberi amaran kepada pengguna jika mereka menggunakan lebih banyak elektrik pada minggu pertama bulan Mac berbanding minggu pertama bulan Februari, sebagai sistem amaran awal untuk menarik perhatian pengguna terhadap perkara yang menggunakan banyak tenaga elektrik,” kata beliau.

ALICIA


Bagi penduduk Shah Alam, Alicia Ang berkata, pengenalan meter pintar menunjukkan TNB telah ke hadapan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna.

"Ia membantu kami sebagai pengguna merancang untuk menjimatkan penggunaan elektrik dan memberikan pengalaman baharu mengenai penggunaan tenaga yang lebih cekap,” katanya.

CHARNAN


Sementara itu, penduduk di Kuala Lumpur, Charnan berkata, penggunaan meter pintar memberikan kesedaran kepada pengguna untuk lebih berhemah menguruskan penggunaan elektrik.

"Kami sebagai pengguna menikmati pelbagai kelebihan termasuk dapat memantau dan mengawal penggunaan elektrik melalui aplikasi myTNB,” katanya.

Perluasan meter pintar ke seluruh negara

Dalam tahun 2023 TNB telah berjaya memasang 873,740 unit meter pintar, melepasi sasaran 600,000 unit yang ditetapkan.

Inisiatif ini merupakan sebahagian usaha kerajaan untuk memodenkan rangkaian tenaga dan memperkasakan penggunaan tenaga yang mendapat sokongan Suruhanjaya Tenaga dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Dengan ini, jumlah keseluruhan meter pintar yang dipasang di seluruh negara kini melebihi 3.5 juta, merangkumi kawasan Lembah Klang, Melaka, Kedah, Johor dan Pulau Pinang.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan sistem tenaga di seluruh negara yang mendapat sokongan daripada Suruhanjaya Tenaga.

Pemasangan meter pintar adalah langkah penting ke arah pembentukan grid pintar yang mengintegrasikan teknologi digital dalam pembekalan dan pengurusan tenaga elektrik.

Dengan pemasangan meter pintar, TNB dapat mengoperasi rangkaian tenaga dengan lebih berkesan, meningkatkan pengalaman pelanggan, dan mempromosikan penggunaan tenaga yang lebih cekap.

Meter pintar berfungsi dengan merekodkan penggunaan elektrik dan menghantar data secara automatik kepada TNB melalui gelombang frekuensi radio, memastikan bil yang lebih tepat dan pengalaman tenaga yang lebih baik bagi rakyat Malaysia.

Anggaran 8.5 juta isi rumah

Malaysia kini menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan teknologi meter pintar secara meluas dengan anggaran 8.5 juta isi rumah disasarkan akan beralih kepada meter pintar menjelang 2027, tertakluk kepada pelaburan yang dibenarkan oleh pihak kerajaan.

Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI) TNB mencapai rekod tertinggi 88 peratus, dilengkapi dengan Skor Indeks Pengalaman Pelanggan (CEI) lebih 90 peratus merentasi semua platform, sekali gus mencerminkan dedikasi TNB untuk menyediakan perkhidmatan dan pengalaman pelanggan yang luar biasa.

Ini seiring dengan usaha TNB yang sedang bersiap untuk pelaburan dalam Tempoh Kawal Selia ke-4 (2025- 2027) dengan cadangan belanjawan modal (CAPEX) dua kali ganda dari tempoh sebelumnya bagi menyokong peralihan tenaga dan memenuhi unjuran permintaan beban yang semakin tinggi.

Dalam tahun 2023 TNB telah berjaya memasang 873,740 unit meter pintar, melepasi sasaran 600,000 unit yang ditetapkan.


TNB komited dalam melaksanakan program yang dikenalpasti melalui Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) bagi memastikan Malaysia mencapai matlamat peralihan tenaganya.

Dengan TNB berada di posisi strategik dan kritikal dalam pelan peralihan tenaga negara yang mensasarkan 70 peratus kapasiti tenaga boleh baharu menjelang 2050, syarikat utiliti nasional ini yakin dapat memupuk masa depan yang mampan, berdaya tahan dan sejahtera untuk semua.

TNB memimpin tiga inisiatif utama teknologi bersih dan Tenaga Boleh Baharu (TBB) berskala besar dalam NETR: Taman Solar Berskala Besar (LSSP), Solar Terapung Hidro Hibrid (HHFS) dan projek pembakaran bersama hidrogen dan amonia.

Inisiatif-inisiatif ini bertujuan untuk menjana lebih 3,000MW kapasiti TBB menjelang 2040, dengan anggaran 2,500MW daripada teknologi HHFS dan tambahan 500MW daripada lima LSSP.

TNB merancang untuk memasang HHFS sehingga kapasiti 230MW di loji hidro Temenggor dan Chenderoh menjelang 2025, dan syarikat sedang meneroka projek solar di atas tanah dengan kapasiti 100MW di Perak.

Capai sasaran

TNB komited untuk memacu pertumbuhan dan mencapai sasaran sifar bersih, berpandukan NETR.

Dengan memberi tumpuan kepada tiga fokus utama, TNB iaitu Sumber Tenaga, Vektor Tenaga dan Penggunaan Tenaga, TNB menyasarkan untuk tenaga bersih, memastikan rangkaian grid yang mantap untuk menyalurkan tenaga hijau ini dan mempromosikan solusi tenaga dinamik.

Dengan memberi tumpuan kepada tonggak tumpuan strategik TNB - Sumber Tenaga, Vektor Tenaga dan Penggunaan Tenaga, TNB menyasarkan untuk menyampaikan penjanaan tenaga bersih, membangunkan rangkaian peralihan tenaga serta mempromosikan solusi tenaga dinamik.

Pada tahun 2023, prestasi rangkaian grid yang baik (sukatan system minute 0.48) faktor ketersediaan loji janakuasa yang kukuh (83.3 peratus) membuktikan daya harap dan kecekapan TNB.

Dari segi kesejahteraan negara, TNB akan terus memberi sumbangan sosioekonomi kepada rakyat terutama untuk membantu golongan B40 di samping memberi pulangan yang wajar kepada pemegang sahamnya.

Pelaburan TNB dalam Tempoh Kawal Selia Ke-4 dan seterusnya adalah penting dalam membantu Malaysia membangunkan ekonomi hijau dan mencapai manfaat ekonomi Madani.