Status bayaran balik pembayar cukai di portal MyTax palsu - HASiL

Iklan
HASiL memandang serius terhadap penyalahgunaan nama HASiL di mana-mana platform atau sebarang kegunaan yang boleh mengelirukan orang ramai. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) menegaskan bahawa penyebaran maklumat mengenai status bayaran balik pembayar cukai menggunakan portal MyTax adalah palsu.

HASiL dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara itu dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan berita atau maklumat palsu.

Iklan
Iklan

"Sebagai agensi Badan Berkanun Persekutuan, HASiL memandang serius terhadap penyalahgunaan nama HASiL di mana-mana platform atau sebarang kegunaan yang boleh mengelirukan orang ramai.

"Tiada sebarang makluman menggunakan portal MyTax boleh dilakukan tanpa kebenaran dan HASiL tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak terlibat mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," katanya pada Isnin.

Iklan

Pada masa sama, agensi berkenaan mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan sebarang bentuk e-mel, pautan dan teks WhatsaApp yang mencurigakan.

Ujarnya, sebarang semakan maklumat berkaitan percukaian boleh dibuat menerusi saluran yang sahih seperti portal rasmi HASiL di www.hasil.gov.my, portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my, HASiL Contact Centre (HCC) di talian 03- 8911 1000 atau berkunjung ke pejabat HASiL berhampiran.

Iklan

"HASiL memandang serius berkenaan isu ini dan meletakkannya sebagai keutamaan tertinggi dalam usaha meningkatkan keyakinan serta kepercayaan pembayar cukai terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh HASiL untuk urusan pentadbiran percukaian.

"Oleh yang demikian, HASiL akan terus berusaha menambah baik mutu perkhidmatan dan bertindak secara proaktif bagi menangani isu ini," tambahnya.