KUALA LUMPUR - Seorang pengawal pengiring kenamaan yang menumbuk muka pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU), pada enam bulan lalu didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin.
Muhammad Taufik Ismail dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Farah Nabihah Muhammad Dan.