Terminal 1 bakal tampil dengan wajah baharu

Iklan
BEBERAPA buah bas ulang-alik dilihat bergerak keluar membawa penumpang ke destinasi berjadual di Pusat Pengangkutan Terminal 1, hari ini.

Terminal Bas dan Teksi Seremban atau dikenali sebagai Terminal 1 bakal tampil dengan wajah baharu selepas kerja menaiktaraf bangunan tersebut dijangka selesai pada Mac tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, J Arul Kumar berkata, kerja-kerja menaiktaraf bangunan yang mula beroperasi sejak tahun 1995 itu, kini telah mencapai 80 peratus siap.