Isu penjualan saham MAHB penting untuk diketengahkan pembangkang - Takiyuddin

Iklan
Takiyuddin (tengah) dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen pada Isnin.

KUALA LUMPUR - Isu penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) yang dikawal BlackRock Inc. penting untuk diketengahkan pembangkang susulan ia melibatkan pemilikan sebahagian besar saham.

Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu berbeza jika dibandingkan dengan pegangan saham yang dianggap kecil dalam syarikat lain di negara ini.

Iklan
Iklan

"Jadi itu isu kepada kita, yang lain (saham) kecil boleh selesaikan dengan cara yang senang, ini saham dibeli BlackRock adalah kepunyaan kerajaan, aset stategik kerajaan iaitu lapangan terbang.

"Bezanya (saham) Blackrock dalam MAHB dengan saham BlackRock dalam syarikat-syarikat kecil lain, jangan cuba kelirukan perkara ini, kita fokus kepada MAHB," katanya dalam sidang akhbar di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Iklan

Sebelum ini PN lantang mengkritik langkah kerajaan untuk menjual 30 peratus pegangan saham yang dimiliki oleh Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam MAHB kepada GIP.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu menegaskan, pembangkang tidak mempersoalkan kewujudan pegangan saham syarikat itu tetapi mempersoalkan pegangan sahamnya dalam syarikat milik kerajaan.

Iklan

"Kita bangkitkan dalam Parlimen bahawa Menteri Kewangan II (Datuk AMir Hamzah Azizan) mengatakan walaupun BlackRock beli 30 peratus bernilai RM4 bilion, mereka nak masukkan pelaburan lanjutan RM10 bilion.

"Jumlah itu akan mencairkan 70 peratus daripada saham yang dipegang oleh Khazanah dan KWSP (Kumpulan Wang Saham Pekerja) ini," ujarnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman dalam sidang akhbar sama mempersoalkan tindakan kerajaan yang masih menyebut penyelesaian dua negara (two state solutions) di Palestin yang dianggap sudah tidak relevan di pentas dunia.

"Ini perlu penegasan Perdana Menteri dan sudah pasti ada ruang baharu boleh dilontarkan, diangkat oleh Malaysia berkenaan pembebasan mutlak Palestin dan bukan lagi penyelesaian dua negara," katanya.