PM China mahu penyelidikan saintifik koronavirus diperkuat

Iklan
Li Keqiang

BEIJING - Perdana Menteri China, Li Keqiang pada Ahad menekankan mengenai kepentingan penyelidikan saintifik untuk berjuang memerangi wabak novel koronavirus yang sehingga kini telah meragut ratusan nyawa, lapor agensi berita Xinhua.

Beliau berkata demikian, ketika melawat Institut Biologi Patogen di Akademi Sains Perubatan Cina.

Iklan
Iklan

Sempena lawatan itu, beliau turut diberikan taklimat mengenai kemajuan penyelidikan mengenai pencegahan dan kawalan wabak tersebut.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua penyelidik di atas dedikasi dan kerja keras yang diberikan.

Iklan

Li turut menekankan mengenai kepentingan ubat-ubatan yang berkesan untuk merawat pesakit dan sekali gus dapat mengurangkan kematian.

Penyelidik perlu bertindak pantas mencari penawar dan menghasilkan ubat-ubatan yang benar-benar berkesan, katanya. - Bernama

Iklan