MOSCOW - Israel menamatkan kerjasamanya dengan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), umum duta Israel ke PBB Danny Danon, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Berikutan undang-undang mengenai UNRWA, kami secara rasmi memaklumkan kepada presiden Perhimpunan Agung mengenai penamatan kerjasama dengan organisasi itu,” kata diplomat berkenaan dalam satu kenyataan.
Iklan
Iklan
Seminggu lalu, parlimen Israel meluluskan dua rang undang-undang yang melarang UNRWA daripada beroperasi di Israel dan menghalang pihak berkuasa Israel daripada berhubung dengan agensi PBB itu, yang merupakan penyedia utama bantuan kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.
Ketua UNRWA, Philippe Lazzarini memberi amaran bahawa langkah itu secara efektif menjejaskan usaha agensi berkenaan untuk menyediakan bantuan kepada pelarian Palestin. - Bernama