KUALA LUMPUR - Pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU), Ong Ing Keong menzahirkan kelegaan apabila suspek yang melakukan serangan kekasaran ke atasnya dihukum mahkamah pada Isnin.
Peguam Ing Keong, Zaid Malek berkata, pendakwaan kes tersebut yang berlangsung di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, di sini memberi kelegaan kepada anak guamnya.
Namun kata beliau, hukuman denda yang dikenakan ke atas suspek tidak mencukupi kerana pelaku serangan tersebut adalah seorang pegawai polis.
Ini kerana jelasnya, sebagai anggota polis yang bertanggungjawab, suspek seharusnya melindungi orang ramai dan bukan membawa kemudaratan.
"Serangan itu dilakukan tanpa provokasi dan mangsa adalah OKU yang hanya menjalankan tugas sebagai pemandu e-hailing.
"Di dalam kes Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor lawan Pendakwa Raya, Mahkamah Rayuan telah menyatakan prinsip undang-undang bahawa di dalam kes anggota polis menyerang orang awam, mahkamah mesti menghantar suatu mesej kemarahan orang awam dengan menghukum dengan tegas.
"Malah hukuman pemenjaraan perlu dikenakan walaupun pesalah melakukannya buat kali pertama," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Zaid berkata, pendakwaan yang dilewatkan itu adalah susulan daripada satu kempen yang berpanjangan bagi mendapatkan satu keadilan untuk Ing Keong.
Menurutnya, kes Ing Keong telah mendapatkan sokongan dan penglibatan orang awam, akitivis, peguam, pertubuhan-pertubuhan serta kumpulan sokongan OKU seperti Pertubuhan Kebangsaan Pekak Advokasi dan Kesejahteraan Malaysia (DAWN).
Katanya, Ing Keong terhutang budi kepada semua pihak yang telah memberi sokongan dan keprihatinan orang ramai terhadap kesnya yang berlaku pada 28 Mei lalu.
"Hari ini, satu pertuduhan di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan telah dikenakan ke atas pegawai polis yang telah menyerang Ing Keong.
"Beliau telah disabit dan dihukum denda sebanyak RM1,000.
"Kesalahan ini boleh membawa kepada satu hukuman penjara sampai setahun, atau denda RM2000 atau kedua-duanya," ujarnya.
Pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU), Ong Ing Keong menzahirkan kelegaan apabila suspek yang melakukan serangan kekasaran ke atasnya dihukum mahkamah pada Isnin.
Peguam Ing Keong, Zaid Malek berkata, pendakwaan kes tersebut berlangsung di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur memberi kelegaan kepada anak guamnya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/694637/berita/semasa/oku-e-hailing-dipukul-mangsa-lega-tapi-rasa-denda-tidak-mencukupi
Muzik: Theatre of Delays - Black Sea - No Drums Version
#SinarHarian #BuletinTikTok #OKU #Ehailing #Dipukul #PembantuPeribadiKenamaan #Denda" />