Farid usaha pujuk, Diana Danielle tekad berpisah

Iklan
Farid Kamil berusaha menjernihkan kembali rumah tangganya bersama Diana Danielle

AKTOR Farid Kamil nampaknya menunaikan kata-kata untuk berusaha menjernihkan kembali rumah tangganya bersama Diana Danielle.

Sempena ulang tahun perkahwinan ke-12 mereka pada 3 November, aktor tersebut menulis surat cinta istimewa buat Diana.

Iklan
Iklan

"Assalamualaikum. Semoga ALLAH sentiasa melindungi dan menjaga kita dalam menempuh setiap langkah dan perjalanan.

"Selalu bahagia hingga kita bersatu kembali dalam rahmat-Nya di syurga nanti wahai isteriku.

Iklan

"Selamat hari istimewa, hari ijab qabul kita,” tulisnya pada surat tersebut beserta tarikh hari ini dan tandatangan.

Bukan itu sahaja, bintang utama Bisikon Dosa tersebut turut memuat naik gambar yang memaparkan Farid menunaikan solat sunat selepas majlis pernikahan mereka pada tahun 2012.

Iklan

"KepadaMu kuberserah, kepadaMu ku berlindung. Hanya Engkau Maha Mengetahui,” coret Farid ringkas pada ruangan kapsyen.

Farid, Diana bersama anak-anak mereka.

Bagaimanapun, Diana pula nampaknya tidak lagi termakan pujuk apabila bertegas untuk meneruskan proses penceraian buat kali kedua.

Sebelum hadir ke mahkamah pada jam 9.20 pagi tadi, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, menganggap surat yang ditulis Farid sebagai satu penipuan yang tidak mempunyai tempat di hatinya.

"Surat-surat penipuan tidak mempunyai tempat di hati saya,” tulisnya menerusi Instastory pada Ahad.

Pada perkongsian lain, pelakon berusia 32 tahun itu berharap Farid tidak akan memanjangkan proses perceraian mereka.

Malah dia sudah menghabiskan tempoh setahun untuk memperbaiki perkahwinan mereka.

"Saya telah menghabiskan setahun penuh berusaha untuk berdamai dan memperbaiki hubungan kami. Kami telah berkali-kali berada di ambang perpisahan," luahnya.

Diana juga meminta Farid untuk tidak lagu berpura-pura bahawa tiada 'beban' yang mereka tanggung sejak berbulan lalu.

"Saya terus mempercayai dan memberi usaha, tetapi jika dia tetap berkeras untuk mengekalkan saya dalam perkahwinan ini sehingga saya terhimpit sehingga melalui proses hakam, tindakan dia sangat kejam.

"Saya tidak mahu dipujuk dan saya tidak mahu meneruskan perkahwinan ini. Niat saya sangat jelas dan satu-satunya yang saya mahukan sekarang adalah tidak lagi berada di bawah tanggungjawabnya. Tolong lepaskan saya,” kongsi Diana.

Status Diana bersama video kad ucapan yang dibakar.

Hari ini, Diana hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur untuk memfailkan permohonan cerai buat kali kedua terhadap suaminya.

Diana tiba bersama peguam, memfailkan permohonan itu di mahkamah pada jam 9.20 pagi.

Bagaimanapun, Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari, 43, tidak hadir ke mahkamah.

Untuk rekod Diana pernah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Mac tahun lalu.

Farid dan Diana kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu namun, kembali rujuk sebulan kemudian.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.