Suri rumah maut dipercayai terkena sengatan tebuan

Iklan
Seorang suri rumah maut dipercayai akibat terkena sengatan tebuan dalam kejadian di Taman Semarak - Gambar hiasan. Gambar kecil: Wan Azharudin

SUNGAI PETANI - Seorang suri rumah maut dipercayai akibat terkena sengatan tebuan dalam kejadian di Taman Semarak, di sini kira-kira jam 8 malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharudin Wan Ismail berkata, mangsa Rohani Mohd Shariff, 61, dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kejadian disedari anak lelaki mangsa ketika pulang ke rumah sebelum mendapati ibunya sedang menanggung kesakitan.

"Semasa anak lelaki mangsa pulang ke rumah mendapati ibunya sedang kesakitan dan dimaklumkan oleh mangsa bahawa terkena sengatan tebuan,"katanya.

Iklan

Wan Azharudin berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk rawatan.

"Bagaimanapun, pasukan perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia semasa dalam perjalanan," katanya.

Iklan

Difahamkan, mangsa terkena satu sengatan tebuan di bahagian badan semasa berada di rumah.

Beliau berkata, tiada unsur jenayah dikesan setakat ini.