Daka cungkil bakal bola sepak seawal 6 tahun

Iklan
Syamsul (tiga dari kiri) menyempurnakan pelancaran Akademi Daka di sebuah hotel di Kampar pada Sabtu.

KAMPAR - Usaha mencungkil bakat bola sepak di peringkat akar umbi dilaksana Kelab Belia Malim Nawar menerusi pelancaran Akademi DACS Soccerkidz Kampar (Daka) pada Sabtu.

Pengurus Besar Daka, Abdul Hadi Azman berkata, kehadiran akademi bola sepak baharu itu bertujuan mengesan bakat-bakat tunas yang dicungkil seawal usia enam tahun.

Iklan
Iklan

"Jadi dengan adanya akademi ini, insya-ALLAH misi kami untuk melahirkan lebih ramai pemain bola sepak yang bermutu dan bakal menjadi pelapis generasi akan datang.

"Selain itu, kami menerapkan disiplin yang tinggi dalam memastikan anak-anak ini berdisiplin sama ada di dalam padang atau di luar padang." katanya selepas pelancarannya di sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Iklan

Pelancaran tersebut disempurnakan legenda bola sepak Perak dan Malaysia, Syamsul Saad.

Syamsul (tengah) menerima cenderahati daripada penganjur selepas menyempurnakan pelancaran Akademi Daka di sebuah hotel di Kampar pada Sabtu.

Sementara itu, beliau berkata, bola sepak dan akademik perlu seiring tanpa meninggalkan mana-mana aspek.

Iklan

Jelasnya, seorang pemain yang berkualiti mempunyai kedua-dua kemahiran tersebut kerana jika bidang bola sepak tidak berjaya, mereka masih mempunyai peluang kerjaya melalui pencapaian akademik yang baik.

Majlis tersebut turut dihadiri bekas pemain bola sepak Perak, Jamil Zakaria dan Khairuddin Idris.

Hadir sama, Penaung Daka, Sofian Rejab; Penasihat Daka, Saiful Faizal Mohd Zain; Pengarah Kewangan Daka, Ahmad Sukri Azit dan Yang Dipertua Kelab Sukan Majlis Daerah Kampar, Ashar Amin Alias.