6 individu ditahan di Sungai Golok positif dadah, ada rekod lampau

Iklan
Laporan Sinar Harian (kiri), Mohd Yusoff

KOTA BHARU - Polis Kelantan mengesahkan enam individu termasuk penyanyi dikir barat wanita yang ditahan di Golok, Thailand pada Jumaat positif dadah jenis methampetamine.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Yusoff Mamat bagaimanapun berkata, dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan memiliki dadah di Kelantan.

Iklan
Iklan

"Sehingga kini kita serahkan kepada polis Thailand untuk siasatan lanjut berhubung kes berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis suai kenal bersama media, di sini pada Isnin.

Sementara itu ketika ditanya sama ada kesemua mereka terbabit dengan kegiatan pengedaran dadah, Mohd Yusoff berkata, beliau tidak dapat mengesahkan perkara berkenaan.

Iklan

"Namun secara logik takkan 6,000 biji pil kuda untuk milikan atau makan sendiri? Namun saya tidak dapat sahkan sama ada mereka terbabit dengan pengedaran atau sebaliknya.

"Bagaimanapun hasil ujian air kencing terhadap kesemua mereka adalah positif methamphetamine,” katanya.

Iklan

Terdahulu, media melaporkan, rakyat Malaysia termasuk penyanyi dikir barat wanita Kelantan, yang ditangkap di sebuah hotel di Sungai Golok, Jumaat lalu kerana memiliki 6,000 pil kuda, dibawa ke Mahkamah Wilayah Narathiwat, pagi Isnin.

Tangkapan membabitkan tiga lelaki dan tiga perempuan berusia 25 hingga 32 tahun pada jam 6 pagi (waktu Malaysia) Jumaat lalu, di sebuah bilik selepas selesai berhibur.