Pemilik dakwa bumbung konkrit kukuh mampu tampung kereta

Iklan

Pemilik dakwa bumbung konkrit kukuh mampu tampung kereta

Bumbung konkrit kediaman warga emas di Kampung Matang Paku, di Jerlun, Kedah yang tular dengan sebuah Perodua Kancil dan Proton Saga diletakkan di atas bumbung rumah menggunakan kren didakwa kukuh, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid.

Iklan
Iklan

Pemilik rumah, Awang Ali Abdullah, 64 tahun, berkata, dia dibantu anak-anaknya membina sendiri rumah berkenaan termasuk bahagian bumbung konkrit secara berperingkat sejak 2008.

Menurutnya, dia menggunakan bahan berkualiti tinggi termasuk simen,konkrit dan cerucuk mengikut standard Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk tujuan pembinaan rumah berkenaan.

Iklan

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #Beritasemasa #keretaatasbumbung #kren

Iklan