Kelantan tidak campur tangan siasatan 6 rakyat malaysia miliki dadah di Thailand

Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung kejadian.

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan tidak campur tangan dalam siasatan terhadap enam rakyat Malaysia termasuk seorang artis wanita dari Kelantan yang ditahan oleh pihak berkuasa Thailand di sebuah hotel dekat pekan Sungai Golok, Jumaat lepas.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, kes berkenaan diharap dapat menjadi pengajaran buat semua kerana ia membabitkan individu dikenali ramai.

Iklan
Iklan

"Kes ini boleh dijadikan pengajaran terutamanya kepada rakyat Kelantan untuk sentiasa berjaga-jaga dan menjaga tingkah laku, terutamanya apabila kita ada nama, berikan contoh teladan yang baik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Invest@Kelantan Forum & Expo (INFEX 2024) di sini hari ini.

Iklan

Mohamed Fadzli berkata, beliau telah meminta agensi penguatkuasaan untuk mempertingkatkan kawalan dan kerjasama bagi memastikan kemasukan dadah sama ada dari dalam atau luar negara dapat disekat.

Sebelum ini, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan enam rakyat Malaysia ditahan dalam serbuan yang dijalankan oleh polis Thailand di sebuah hotel dekat pekan Sungai Golok, pada 6 pagi, Jumaat.

Iklan

Tangkapan enam individu itu membabitkan tiga lelaki dan tiga perempuan turut menemukan kira-kira 6,000 biji pil kuda dan kesemua suspek dibawa ke Balai Polis Sungai Golok untuk tindakan lanjut.

Dilaporkan dua daripada suspek yang ditahan, dipercayai memasuki Thailand menggunakan pangkalan haram Gergaji dekat Rantau Panjang, Pasir Mas, manakala empat lagi menggunakan laluan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang. - Bernama