Perkenal inisiatif galakkan kerjaya dalam bidang kesihatan

Iklan
Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Kerajaan perlu memperkenalkan inisiatif untuk menggalakkan lebih ramai memilih kerjaya dalam bidang kesihatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Mohd Khalib berkata, pembinaan lebih banyak kemudahan kesihatan hanya menyebabkan ketidakseimbangan tenaga kerja yang besar.

Iklan
Iklan

"Negara kita tidak mempunyai doktor, jururawat, dan kakitangan perubatan yang mencukupi untuk mengisi keperluan," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, kemahuan politik dan sokongan sosial juga diperlukan secara konsisten dalam dasar yang mempengaruhi kesihatan serta persekitaran.

Iklan

"Semasa sesi parlimen, kita juga mendengar pelbagai permintaan daripada ahli Parlimen untuk membina lebih banyak hospital, klinik dan pusat dialisis di kawasan mereka.

"Namun, tiada satu pun permintaan atau cadangan untuk menangani kekurangan besar doktor, jururawat dan pelbagai petugas perubatan yang menjejaskan sektor kesihatan awam dan swasta," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan, Norazman Ayob bahawa terlalu ramai rakyat berdepan dengan penyakit tidak berjangkit (NCD) yang memerlukan rawatan serta kemasukan ke hospital.

Ia sekali gus memberikan tekanan besar kepada sistem kesihatan negara.

Sebelum ini, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi Kementerian Kesihatan pada 2023 menunjukkan 54.4 peratus rakyat Malaysia mempunyai berlebihan berat badan

Hampir satu daripada empat orang adalah obesiti manakala lebih setengah juta orang hidup dengan empat NCD iaitu diabetes, hipertensi, kolesterol tinggi dan obesiti.

Situasi yang membimbangkan itu turut menyaksikan seramai 2.3 juta hidup dengan tiga daripada penyakit tersebut.