Empat lokasi termasuk pejabat FashionValet diserbu SPRM

Iklan
TikTok SPRM memaparkan sekumpulan petugas suruhanjaya itu menyerbu empat lokasi termasuk FashionValet bagi menyiasat kes kerugian yang dilaporkan ditanggung Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) serta Permodalan Nasional Bhd (PNB).

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu empat lokasi berhubung kes membabitkan Fashion Valet Sdn Bhd (FashionValet), di sini pada Isnin.

SPRM dalam satu kenyataan ringkas berkata, empat lokasi tersebut 'diserbu' bagi menjalankan siasatan lanjut susulan kerugian yang dilaporkan ditanggung Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) serta Permodalan Nasional Bhd (PNB) melibatkan FashionValet.

Iklan
Iklan

Kata kenyataan itu, pegawai SPRM turut berada di pejabat FashionValet, di sini bagi melakukan siasatan kerugian pelaburan melibatkan dana awam berjumlah RM43.9 juta.

Menurutnya, siasatan ke atas FashionValet penting kerana ia merupakan satu kes berkepentingan awam.

Iklan

"SPRM hari ini membongkar syarikat FashionValet berhubung kerugian pelaburan yang dialami oleh Khazanah dan PNB.

"Proses siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009," katanya pada Isnin.

Iklan

Namun begitu, kenyataan itu tidak mendedahkan empat lokasi diserbu dan dibongkarkan secara serentak pada Isnin.

Sinar Harian cuba mendapatkan maklumat lanjut berhubung serbuan tersebut.