SPRM nafi keluar kenyataan jumpa RM94 juta di kediaman bekas menteri

Iklan
Azam Baki

PUTRAJAYA - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa RM94 juta telah ditemui di kediaman bekas menteri.

Menerusi kenyataan, SPRM berkata, ahli Parlimen berhak menyuarakan pandangan secara bebas namun adalah penting agar kenyataan dibuat berasaskan fakta tepat untuk mengelakkan kekeliruan.

Iklan
Iklan

"SPRM ingin menegaskan sekali lagi bahawa tiada sebarang kenyataan telah dibuat oleh suruhanjaya ini mahupun Ketua Pesuruhjaya SPRM berkaitan penemuan jumlah tersebut di kediaman bekas Menteri tersebut," katanya pada Isnin.

Terdahulu Perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat betukar menjadi kecoh apabila isu wang tunai RM94 juta yang didakwa ditemui di kediaman seorang bekas menteri daripada DAP dibangkitkan oleh Datuk Awang Hashim (PN-Pendang).

Iklan

Awang mempersoalkan mengenai perkembangan siasatan kes tersebut walaupun sudah lebih setahun ia berlalu.

Ia mengundang kemarahan RSN Rayer (PH-Jelutong), yang bangun mencelah dan meminta tindakan tegas diambil terhadap Awang kerana menurutnya membuat tuduhan tanpa bukti terhadap DAP.

Iklan