[MEJA BULAT] Medan kongsi idea terbuka, bebas pengaruh politik
Iklan
SHAH ALAM - Idea bagi memperkasakan sistem pendidikan negara perlu dibincangkan secara terbuka dan bebas tanpa dipengaruhi pegangan politik sebagaimana program ‘Meja Bulat Diskusi Mencipta Resolusi‘.
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang berkata, dalam mendepani cabaran pendidikan yang tidak berpenghujung, program bertajuk ‘Sistem pendidikan Malaysia: Selepas 60 tahun, di mana silapnya?’ menjadi medan yang sangat bermakna untuk masa depan generasi akan datang.