[MEJA BULAT] Terapkan semula dasar kemenjadian insan dalam pendidikan
Iklan
SHAH ALAM - Dasar kemenjadian insan yang pernah digagaskan pada tahun 1991 perlu terapkan semula dalam falsafah pendidikan negara.
Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad menegaskan, ketika ini timbul kegusaran masyarakat mengenai hala tuju bidang itu apabila melihat generasi masa kini yang lebih mementingkan sosial berbanding pendidikan.