[MEJA BULAT] Pendidikan bukan medium raih populariti politik
Iklan
SHAh ALAM - Ahli politik diingatkan supaya tidak menggunakan polisi atau sistem pendidikan negara untuk menaikkan populariti parti atau diri masing-masing.
Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad menegaskan, bidang tersebut merupakan asas kepada dasar pembangunan negara yang sepatutnya dipelihara demi masa depan generasi akan datang.