[MEJA BULAT] Keyakinan masyarakat terhadap SK, SJK makin menurun
Iklan
SHAH ALAM - Peningkatan jumlah pelajar di sekolah antarabangsa bukan satu petunjuk positif terhadap ekosistem pendidikan negara sebaliknya ia suatu perkara yang patut dikhuatirkan.
Profesor Madya Sekolah Politik dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Nottingham Malaysia, Dr Tricia Yeoh berkata, hal tersebut perlu diberi perhatian kerana ia mencerminkan bahawa keyakinan masyarakat terhadap sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) semakin menurun.