[MEJA BULAT] KPM wajar teruskan dasar pendidikan digital
Iklan
SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan (KPM) seharusnya meneruskan dasar pendidikan digital bagi meningkatkan keupayaan pelajar khususnya dalam penguasaan dan pemahaman Bahasa Inggeris (BI) dan Matematik.
Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, ia amat penting kerana dalam konteks psikologi cara pembelajaran kanak-kanak kini berbeza dengan zaman dahulu yang mana belajar dengan menggunakan buku hitam dan putih.