Malaysia berdiri teguh bersama Filipina yang dilanda Taufan Kristine

Iklan
Anwar menerima panggilan telefon daripada Presiden Republik Filipina.

SHAH ALAM - Malaysia memberi jaminan tidak akan mengabaikan negara jiran yang dilanda bencana.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan berdiri teguh bersama Filipina yang kini terjejas akibat Taufan Kristine, selain turut memberikan bantuan kemanusiaan bagi meringankan penderitaan yang dihadapi mangsa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tragedi yang berlaku pada Oktober lalu memberi peringatan bahawa pentingnya perpaduan dan kerjasama serantau yang erat.

"Petang tadi saya menerima panggilan telefon daripada sahabat baik saya yang juga Presiden Republik Filipina, Ferdinand ‘Bongbong’ Romualdez Marcos Jr bagi menyatakan sokongan penuh Malaysia kepada republik tersebut yang kini dirundung malapetaka.

Iklan

"Sementara kita menggerakkan bantuan segera, kami menyatakan perlunya usaha menyumbang kepada pemulihan jangka panjang serta inisiatif ke arah pembinaan semula,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial pada Isnin.

Pada 25 Oktober lalu, pasukan penyelamat Filipina bertarung dengan banjir untuk menyelamatkan penduduk yang masih terperangkap di atas bumbung rumah mereka selepas Taufan Kristen bergerak ke laut, menyebabkan sekurang-kurangnya 40 kematian.

Iklan

Puluhan ribu penduduk kekal terjejas selepas melarikan diri daripada banjir akibat hujan lebat yang membawa jumlah hujan bersamaan dua bulan dalam hanya dua hari di beberapa kawasan.

Sementara itu, menurut Anwar, Malaysia tekad untuk bekerjasama dengan lebih erat bersama Filipina dalam memperkukuhkan perencanaan dan tindak balas tangkas terhadap bencana.

Ujarnya, ia bukan sahaja mempereratkan hubungan dua hala, namun akan meningkatkan daya tahan di rantau ini.