Misteri tangisan bayi atas loteng rumah terungkai

Iklan
Bayi perempuan tersebut dilahirkan sihat dan tiada sebarang kecacatan. - Foto: Agensi

SURABAYA - Suara bayi menangis telah meremangkan bulu roma penduduk di sebuah perkampungan kerana disangka pontianak (kuntilanak).

Kerana perasaan ingin tahu, ada penduduk yang nekad memeriksa punca tangisan misteri itu di atas sebuah loteng sebuah rumah di Jalan Pacar Keling Gang 6, Pacar Keling, Tambaksari, Surabaya, Jawa Timur di Indonesia pada malam Sabtu lalu.

Iklan
Iklan

Rupa-rupanya ia adalah seorang bayi perempuan dalam keadaan tidak berbaju yang masih bertali pusat.

"Bayi seberat kira-kira 3.3 kilogram itu dipercayai baru dilahirkan selama empat jam. Dia dalam keadaan sihat dan normal," kata Ketua RT 06, Dadang Harjogunawan.

Iklan

Menurutnya, bayi itu diletakkan pada bumbung asbestos yang membatasi bumbung rumah seorang penduduk dikenali sebagai SR, 57, dengan rumah seorang lagi penduduk di RT 05.

"Tidak ada kesan luka, cuma terdapat bintik-bintik kecil akibat gigitan semut," ujarnya lagi.

Iklan

Lokasi penemuan bayi itu dilaporkan agak tinggi iaitu hampir lima meter.

"Bayi itu hanya beralaskan kain. Tidak dapat dipastikan ia benar-benar anak manusia. Mungkin juga anak kuntilanak," jelasnya sambil menambah mustahil untuk seseorang memanjat untuk meletakkan mangsa pada ketinggian sedemikian. - Agensi